Isnin, 3 Jun 2013

Setulus Cinta Siber (Bab 4)-Karya Amirul

       Suzlina pun pulang ke rumah.Suzlina pun duduk di atas tangga dan membuka kasutnya.Suzlina terus meletakkan begnya lalu membuka komputer tapi malangnya komputernya tiada di dalam biliknya.Suzlina terus pergi bertanya kepada ibunya.Ibunya pula masih bermuka seperti harimau.Suzlina mula menaikkan suara.Setelah ibunya mendengar seperti itu ibunya sangat sakit hati dengan Suzlina dan terus berkata "Ibu dah jual komputer tu".

      Suzlina terus memarahi ibunya lalu ibunya merotanya dengan rotan yang sangat lipis.Suzlina menangis lalu terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu.Setelah beberapa minit ibunya mula rasa bimbang lalu memujuk Suzlina sambil mengetuk pintu.

      Walaubagaimanapun dia tetap tidak membuka pintu kerana hati Suzlina sangat marah atas apa yang dilakukan oleh ibunya.Ibunya mula rasa kasihan dengan Suzlina.Ibunya mula rasa serba salah dan muka ibunya lain dari yang lain

      Bila sudah meningkat malam Suzlina tidak keluar ke bilik dan langsung tidak makan.Ibunya sangat risau dengan Suzlina itu lalu ibunya meminta seorang untuk memujuk Suzlina

Coming...Soon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan